Sunday, December 28, 2008

GEOGRARI (BAHAGIAN 2)

SILA JAWAB SOALAN BERIKUT


1. Apakah nama sungai yang mengairi tanaman padi di Dataran Kedah - Singgora ?

2. Namakan sungai yang menjadi sempadan di antara Perak dan Selangor ?

3. Namakan sungai yang menjadi sempadan malaysia dan Negara Thai di Kelantan ?

4. Apakah nama tasik semulajadi yang terbesar di malaysia ?

5. Namakan bandar yang dapat dimudiki melalui sungai rajang ?

6. Apakah bentuk muka bumi hasil hakisan sungai di peringkat muda ?

7. Apakah bentuk muka bumi yang terbentuk hasil tindakan hakisan ombak ?

8. Namakan 2 kawasan tanah pamah yang terletak di dataran pantai timur Sem.Malaysia ?

9. Gunung Murud merupakan gunung tertinggi di ____________ dan terletak di Banjaran _________________.

10. Nyatakan 5 keistimewaan sungai di Malaysia .
JAWAPAN GEOGRAFI (BAHAGIAN 1)
1. BANJARAN NAKAWAN , BANJARAN KEDAH - SINGGORA , BANJARAN BINTANG, BANJARAN KELEDANG , BANJARAN TITIWANGSA , BANJARAN BENOM , BANJARAN TAHAN , BANJARAN PANTAI TIMUR.
2. BANJARAN TITIWANGSA , TULANG BELAKANG SEM.MALAYSIA.
3. GUNUNG KORBU.
4. BANJARAN KEDAH SINGGORA.
5. TANAH TINGGI GENTING , TANAH TINGGI CAMERON , BUKIT FRASER DAN BUKIT TINGGI.
6. GUA NIAH.
7. GUA MULU
8. JURANG MARIANA (11033M)
9. SUNGAI NIL ( 6692 KM ) , AFRIKA.
10. TASIK CHINI , TASIK BERA (PAHANG),LOAGAN BUNUT (SARAWAK)

Thursday, December 25, 2008

Geografi(cuba jawab)

Untuk permulaan bagi pelajar PMR sila jawab soalan berikut dan hantarkan jawapan anda ke subrayusof@gmail.com


Georafi
Jawab soalan subjektif berikut

1.Nyatakan nama banjaran- banjaran yg terletak di Semenanjung Malaysia
2.Banjaran terpanjang ialah_____________ yang dikenali sebagai _________________.
3.Puncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa ialah__________________.
4. _______________________ menganjur dari Thailand ke tengah Kedah hingga ke Gunung Jerai.
5.Nyatakan 3 pusat peranginan yang terletak di Banjaran Titiwangsa.
6.Apakah gua batu kapur yang tertua di malaysia.
7.Apakah gua batu kapur yang boleh memuatkan 8 buah kapal Boeing 747 atau 75000 buah bas ?
8.Apakah jurang yang paling dalam di dunia ?
9.Sungai apakah yang terpanjang di dunia ?
10.Nyatakan 3 tasik semulajadi di Malaysia

Wednesday, December 24, 2008

Para pelajar yang melayari blog ini,
- semua nota dan latihan akan saya sediakan mulai jan.2009.
- dalam blog ini saya akan sediakan nota dan bagi Geografi ( F1,F2 dan F3 ), Ekonomi ( F4,F5 dan F6 )dan Perdagangan ( F4 dan F5 ).
- semua pelajar dibenarkan bertanya soalan yang berkaitan dengan pelajaran dan subjek yang saya mengajar sahaja.

Saya berharap sangat blog saya dapat membantu anda untuk menhadapi peperiksaan PMR , SPM dan STPM dengan yakin.

Untuk sebarang perbincangan anda boleh menulis soalan dan komen dalam ruang " LETS DISCUSS" dalam blog ini.

Anda juga boleh E-mail saya di subrayusof@gmail.com.

Happy Holidays!

Merry Christmas!