Thursday, January 15, 2009

GEOGRAFI
LATIHAN 3

1. Berikut merupakan banjaran yang terdiri daripada gunung lipat tua kecuali

A. Banjaran Crocker

B. Banjaran Annam

C. Banjaran Titiwangsa

D. Dataran Tinggi Shan

2. Berikut adalah benar tentang ciri gunung lipat muda kecuali

A. terbentuk kira - kira 35 juta tahun dahulu

B. terdapat banyak gunung berapi aktif

C. bermula dari Dataran Tinggi Yunnan

D. ciri fizikalnya rendah dan bulat

3. Antara berikut , manakah sungai yang menjadi sempadan di antara Sem.M'sia dengan Ng.Thai

A. Sungai Kelantan

B. Sungai Golok

C. Sungai Thai

D. Sungai Muda

4. Kawasan paya kurang sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian komersil kerana

A. tanihnya berwarna merah

B. sistem salirannya kurang baik

C. penduduk kurang tinggal di situ

D. terdapat pokok kayu keras berharga

Sungai Chao Phraya di Ng Thai dihubungkan ke beberapa kawasan oleh satu rangkaian terusan

5. Terusan yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas disebut sebagai

A. pasar terapung

B. venice timur

C. khlong

D. tamrai

6. Antara berikut yang manakah sebab padi ditanam di lereng bukit di sekitar Pulau Jawa

i) Tanih lava bes yang subur

ii) Tanah pertanian terhad

iii) Kawasan paya yang luas

iv) Penduduk tinggal di tanah tinggi

A. i dan ii B. i dan iii C. ii dan iv D. iii dan iv

7. Mengapakah kedudukan Malaysia dikatakan amat strategik

A. terletak di kawasan perairan yang tenang

B. terletak di jalan perdagangan antarabangsa

C. menerima tiupan angin monsun sepanjang tahun

D. terletak di atas Pentas Benua yang cetek

8. Kesan serta merta akibat penerokaan hutan secara meluas bagi tujuan membina empangan ialah

A. kawasan hutan lebih mudah terbakar

B. kawasan hutan ditenggelami air

C. mengganggu proses fotosintesis

D. suhu harian meningkat

9. Aktiviti pertanian yang dijalankan secara giat di satu kawasan dalam jangka panjang tanpa dipelihara akan menyebabkan

A. kemusnahan habitat fauna

B. tanah menjadi tandus

C. tanah bertukar warna

D. tanah kehilangan air

10. Hutan ditebang untuk tujuan kawasan pertanian dimajukan akan menimbulkan kesan

i) penebangan hutan semula jadi

ii) pencemaran udara

iii) kandungan oksigen meningkat

iv) hakisan tanih berleluasa

A. i dan ii B. i dan iv C. ii dan iii D. iii dan iv

No comments: