Saturday, May 16, 2009

Makroekonomi

Esei Panjang

Bab Masalah Makroekonomi & Dasar Penstabilan

Bincangkan sejauh manakah dasar fiskal dapat mengatasi masalah inflasi dalam sesebuah Negara? [10]

Jawapan:

  • Di bawah dasar fiskal , kerajaan perlu

- mengurangkan perbelanjaan kerajaan supaya perbelanjaan agregat (AE) dikurangkan dan seterusnya mengurangkan tingkat pendapatan negara1m-

- menaikkan cukai untuk mengurangkan pendapatan boleh guna isi rumah supaya penggunaan dikurangkan . Kenaikan cukai juga menurunkan keuntungan syarikat dan pelaburan akan merosot . Kesannya , AE jatuh dan masalah inflasi dapat diatasi - 2m

- mengurangkan G dan menaikkan T serentak supaya AE dapat merosot melalui kejatuhan dalam G , C , dan I – 2m

  • Di bawah dasar kewangan , kerajaan (bank pusat) boleh

- menaikkan nisbah cadangan minimum untuk mengurangkan keupayaan penciptaan kredit bank-bank pusat , maka bekalan wang akan merosot dan kadar bunga naik dan pelaburan merosot . Hal ini akan mengurangkan AE dan masalah inflasi dapat diatasi – 2m

- Menjual surat jaminan kerajaan kepada orang ramai atau bank-bank perdagangan .Hal ini akan mengurangkan lebihan cadangan yang dimiliki oleh bank perdagangan untuk diberikan sebagai pinjaman , maka bekalan wang akan jatuh -2m

- Menaikkan kadar bank supaya pinjaman bank perdagangan dari bank pusat menjadi mahal .Pada masa yang sama , bank perdagangan akan menaikkan kadar bunga , maka pelaburan akan merosot – 1m

Langkah-langkah yang lain :

- mengawal kenaikan tingkat upah di pasaran buruh .

- mengadakan langkah kawalan harga atas barang-barang tertentu .

* Langkah-langkah fiskal dan langkah kewangan perlu dihuraikan, langkah-langkah tidak perlu

No comments: