Monday, June 1, 2009

Ekonomi asas

Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu keadaan ekonomi .
Keluaran negara makin berkurangan Keadaan permintaan dalam pasaran juga makin kurang..

a) i Nyatakan keadaan ekonomi di atas? (1markah)

ii Jelaskan kesan tindakan Bank Pusat mengawal kadar faedah dan nibah rizab untuk mengawal keadaan ekonomi tersebut. (6 markah)

Skema Jawapan:

i. Kemelesetan ekonomi

ii. kesan tindakan Bank Pusat mengawal kadar faedah dan nibah rizab untuk mengawal keadaan ekonomi dengan cara

i. Kadar faedah:

-menurunkan kadar faedah pinjaman

- kos /beban pinjaman menurun

-jumlah pinjaman bertambah

-permintaan barang meningkat ( mana – mana 3 huraian)

-Nisbah rizab tunai / berkanun :-

-mengurangkan kadar rizab tunai / berkanun

-keupayaan bank memberi pinjaman meningkat

-jumlah pinjaman meningkat

-penawaran wang bertambah / permintaan meningkat


‘En Shazlin dan En. Safuanmerupakan rakan kongsi yang mengusahakan sebuah kilang perabot. Mereka terpaksa menanggung pelbagai kos. Di antaranya ialah kos sewa kilang, kos bahan mentah, upahburuh, bayaran balik pinjaman bank, insurans dan kos penyelenggaraan.”Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan 3 kos tetap dan 3 kos berubah kilang tersebut. (6 markah)

SKEMA:

Kos tetap terdiri daripada

- sewa kilang (1 markah)

- bayaran balik pinjaman (1 markah)

- insurans (1 markah)

Kos berubah terdiri

- kos bahan mentah (1 markah)

- upah buruh (1 markah)

- kos penyelenggaraan (1 markah)

(MAX 6 markah)

No comments: